Sunday, January 11, 2009

My Supernova Glide



Adidas Super
nova Glide



pertama sekali aku nk mengucapkan terima kasih kt kawan2 runner aku, special untuk adek dush laaa, dia banyak bgtau aku tentang program yang ADIDAS buat nie iaitu Adidas Running Shoes Seeding program 2009 dibawah Head of Running adidas Malaysia iaitu Mr. Krishnan Karuppan. ini lah kali pertama aku join program nie...

Selain tu aku mengucapkan jutaan terima kasih kepada Mr. Krishnan dan ADIDAS Malaysia kerana memberi peluang kepada aku join seeding program nie. Semasa pertemuan aku dgn Mr. Krishnan, beliau telah memberi aku kasut yang aku idam2 kan selama ini iaitu tak lain tak bukan 'Adidas Supernova Glide'. impian aku untuk memiliki kasut Adidas Supernova Glide akhirnya tercapai. Kali pertama aku menyarungkan kasut ini aku dah dapat merasakan keselesaa yang jauh berbeza dengan kasut lama aku. Tambahan pula dengan info2 yang diterangkaan oleh Mr. Krishnan bagi memilih saiz kasut yang sesuai untuk aku. Caranya, kita hendak lah mengguna kan cara 'one tumb rule' dimana apabila kita memakai kasut tu di ruang hadapan kaki mestilah ada ruang antara hujung kaki dengan kasut sebanyak selebar ibu jari. Mr. Krishnan memberi tahu, struktur kaki kita akan mengembang apabila dalam keadaan panas sbb tu laa kita kena guna cara 'one tumb rule' bagi mengelakkan ketidakselesaan atau kecederaan pada kaki semasa memakai kasut. btul tak??????heheheehhee...

Selain tu, Mr. Krishnan menerangkan aku pasal teknologi2 kasut yang terdapat pada kasut adidas. Mr. Krishnan menerangkan satu persatu kehebtan teknologi kasut yang terdapat pada kasut Adidas Supernova Glide aku. Antara teknologi yang terdapat pada kasut Adidas Supernova Glide aku ialah:


  1. ForMotion™ actively supports your muscles for improved comfort and efficiency
  2. NoSeamengineered-mesh upper ensures a comfortable, irritation-free fit;
  3. adiPRENE®+ in the forefoot maintains propulsion and efficiency;
  4. GeoFit™ construction for anatomical fit and comfort
  5. TORSION® SYSTEM for midfoot integrity
  6. Dual-layer, anti-microbial, adiLite-respoEVA sockliner for step-in comfort
  7. adiWEAR® outsole offers the ultimate in high-wear durability





Adidas adalah satu jenama sukan yang mesra pengguna dimana kesemua teknologi kasut yang aku bgtau, korang bleh tengok kt setiap kasut keluaran Adidas sbb teknologi nie tertera pada kasut. Tu yang menarik nye kasut keluar Adidas nie...

walau ape skali pon, impossible is nothing....






1 comments:

adek dush said...

supernova 2 beb...
per lagi...
bila mau menyongket lagi??